KEMEROSOTAN populariti genre dangdut dalam industri muzik tanah air bukan sesuatu yang mengejutkan penyanyi Amelina.Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 52, berkata penggiat genre berkenaan sudah lama menyedari keadaan itu, namun mereka hanya mampu berharap agar dangdut kembali diberi ruang yang sewajarnya. "Dah lama sebenarnya kita terasa tapi nak buat macam mana. Mungkinlah irama dangdut ini sudah tidak 'in'. "Saya rasa irama dangdut seperti terpinggir sedikit walaupun sebenar masih 'hidup'. Amelina menegaskan irama dangdut masih diterima ramai."Zaman saya dulu, irama dangdut semua turut dipertandingkan dalam mana-mana acara hiburan, malah turut dimasukkan dalam kategori etnik. Kalau tak ada benda ni semua macam mana orang muda sekarang nak minat?" katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Amelina berpendapat platform anugerah muzik seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) boleh dimanfaatkan bagi memberi pendedahan lebih besar kepada genre dangdut."Contoh AJL kenapa tidak wujudkan semula kategori dangdut seperti zaman dulu dalam kategori etnik. "Di platform seperti inilah merupakan satu kelebihan untuk memberi pendedahan besar kepada irama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Amelina percaya dangdut tidak perlu bergelekARTIKEL BERKAITAN: Amelina tak sangka dikenali generasi Alfa"Kalau rentak lain balada, pop, rock, jazz semua diterima, apa bezanya dengan dangdut ini? Muzik ini universal," ujarnya.Amelina bagaimanapun berharap genre dangdut terus diberikan perhatian dan tidak hanya dikaitkan dengan persembahan yang menampilkan elemen tarian atau gelek semata-mata."Saya mengharapkan diberi perhatian sedikit untuk irama dangdut ini. Tak rindu ke dengan dangdut?"Kami (penyanyi dangdut) ini memeriahkan suasana. Kalau persembahan pentas pun ramai penonton yang sanggup tunggu untuk melihat nyanyian kami. "Bukan istilah gelek saja, lagu dangdut ini boleh membuatkan penonton sing along dan terhibur," katanya.Amelina mengakui genre dangdut semakin kurang mendapat tempat dalam industri muzik.Sebelum ini, penyanyi Haiza turut meluahkan rasa kesal selepas menonton Anugerah Industri Muzik ke-25 yang didakwa tidak mempunyai penglibatan daripada genre dangdut.Menerusi perkongsian di Threads, Haiza berkata hampir semua genre mendapat tempat dalam acara berkenaan, namun dangdut dilihat tidak mempunyai pencalonan mahupun persembahan."Boleh dikatakan semua genre ada, dangdut saja tak ada. Pencalonan tak ada, persembahan pun tak ada."Tak mengapa mungkin AIM selepas ini kita usahakan lagi," tulisnya.