PENYANYI Nita Hamzah mendedahkan sering menerima komen negatif daripada netizen yang mengaitkan kerjayanya dengan ketiadaan zuriat selepas lapan tahun berkahwin.Nita, 46, berkata kecaman itu antara dugaan yang terpaksa dihadapinya sejak memilih platform TikTok untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian selain menjana pendapatan. "Bila kita menggunakan platform media sosial ini mental kena kuat sikitlah sebab tak semua netizen suka kita. "Contoh salah satunya komen yang paling kerap saya terima adalah bila orang cakap 'inilah kerja kau menyanyi saja, itu sebab kau tak dapat zuriat'. Nita tidak mahu komen negatif menjejaskan emosi sendiri."Saya tak tahu apa motifnya dan tak tahu siapa mereka kerana setiap kali live ada moderator, individu-individu ini sudah banyak kali disekat tapi tetap akan ada akaun baharu dengan soalan sama (fasal zuriat)," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Nita mengakui pernah terkesan dengan kata-kata tersebut, namun percaya perkara itu belum menjadi rezekinya."Mula-mula saya 'koyak' juga, siapa yang tak mahu anak? Belum ada rezeki, Allah belum izinkan nak buat macam mana. "Tapi apa kena mengena zuriat dengan aktiviti nyanyian saya? Ramai saja artis yang menyanyi. ARTIKEL BERKAITAN: Nita Hamzah aktif menyanyi di TikTok, tak anggap ‘downgrade’ kerjaya sebagai penyanyiARTIKEL BERKAITAN: “Allah nak beri rezeki ni, kenapa nak tolak?“ - Nita Hamzah pernah dapat RM300 nyanyi di majlis kahwin"Itulah antara dugaan yang saya terima," ujarnya.Bagaimanapun, Nita memilih untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata negatif berkenaan dan menyerahkan soal rezeki kepada ketentuan Allah.Katanya, dia sebolehnya tidak mahu membiarkan komen sedemikian menjejaskan emosi, malah sesekali membalasnya dengan berseloroh bagi mengurangkan tekanan."Paling kuat pun saya akan jawab rezeki ini Allah akan beri pada masa yang tepat. Kalau tak ada rezeki mungkin saya jumpa dia (zuriat) di syurga. Mula-mula saya 'koyak' juga, siapa yang tak mahu anak? Belum ada rezeki. NITA HAMZAH PENYANYI"Saya tak pernah marah (netizen), awal-awal siapa tak sedih tapi saya hadap juga. Satu saja cara ingatkan diri sendiri, ini mungkin ujian untuk saya, macam mana saya nak lalui dugaan diberi. "Kalau saya tak mahu ambil serius pun saya akan jawab 'zuriat ni boleh beli dekat kedai ke? Kalau ada saya nak beli 10'. Saya tak mahu stress," katanya. Sementara itu, Nita bersyukur kerana suaminya, Mohd Fareez Shamsul Bahari dan keluarga mentuanya sentiasa memberikan sokongan serta menerima dirinya seadanya.Menurutnya, persekitaran yang positif turut membantunya menjalani kehidupan dengan lebih tenang, termasuk selepas membuat keputusan untuk berhijab."Alhamdulillah suami dan keluarga mentua pun positif. Mungkin sebab penghijrahan (berhijab) pun kerana dikelilingi orang-orang yang positif. Nita (kiri) dan suami bernikah pada April 2018."Walaupun dulu mereka kenal saya macam mana tapi boleh terima seadanya. "Jadi suami saya seorang yang penyabar, jadi dia kata biarkan saja orang nak mengata. Cuma dia selalu pesan sebelum tidur maafkan semua orang. Itu saja dia selalu pesan," katanya. Untuk rekod, Nita mendirikan rumah tangga dengan Fareez yang lapan tahun lebih muda daripadanya pada 29 April 2018.Bagaimanapun, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga.