suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Itu tugas saya sebagai suami” – Syed Saddiq pertahan Bella Astillah isu tak sekufu, mahu isteri gembira

Ucapan Syed Saddiq buat Bella menyentuh hati ramai.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu ucapannya yang menepis pandangan bahawa perkahwinannya dengan penyanyi Bella Astillah tidak sepadan adalah sebagai satu tanggungjawab untuk mempertahankan isterinya itu.

Bagi Syed Saddiq, 34, apa yang diperkatakan ketika resepsi majlis perkahwinan mereka pada malam Ahad juga sebagai satu tindakan untuk menggembirakan hati Bella.

"Ia adalah tugas saya sebagai suami dan pada masa sama bukan saya kata benda tak betul.

Bella terharu mendengar ucapan Syed Saddiq. 

"Kadangkala kita berdiam kerana tidak perlu respons kepada semua perkara, namun bila dapat peluang dan rasa bersesuaian, saya akan respons," katanya.

Syed Saddiq dan Bella diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada malam Ahad selepas seminggu mereka sah bergelar suami isteri.

Ketika memberi ucapan kepada tetamu, Syed Saddiq mencuri tumpuan ramai apabila meluahkan rasa tidak setuju dengan pandangan segelintir pihak yang melabelkan mereka tidak 'sekufu'.

ARTIKEL BERKAITAN: Malam resepsi Bella, Syed Saddiq meriah dirai 3,000 tetamu 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Syed Saddiq kini suami isteri, sah dengan sekali lafaz

Biarpun kata-kata tersebut tidak pernah menyinggung perasaannya, namun perkara itu perlu diperjelaskan agar tiada yang terus meletakkan pandangan sedemikian.

"Jujurnya saya tidak pernah ambil hati. Dah berbulan-bulan, bahkan sejak tahun lalu orang bercakap. Saya cuma nak pastikan isteri gembira," ujarnya.

Sementara itu, Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, meluahkan rasa terharu apabila mendengar ucapan tersebut yang bukanlah dirancang awal oleh suaminya.

Keluarga bahagia Bella bersama suami dan anak-anak. 

Malah, sebagai seorang selebriti, penyanyi ini sedar setiap tindakannya akan menjadi bualan ramai.

"Saya tidak tahu pun dia akan beri ucapan begitu. Saya terharu dan lega apabila ada orang yang sayang saya dan anak-anak dengan ikhlas.

"Saya tidak minta dia pertahankan kerana ini lumrah dunia selebriti. Apa yang dilakukan akan diperhatikan," luahnya.

 

Artikel Lain