suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yusuf Islam ziarah Tun M selepas pemergian Tun Hasmah

Yusuf Islam meluangkan masa menziarahi Dr Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan. -Foto Instagram Yusufcatstevens

TUN Dr Mahathir Mohamad dikunjungi pemuzik Britain, Cat Stevens atau Yusuf Islam di rumahnya di Seri Kembangan, pada Ahad.

Menerusi Instagram, Yusuf berkongsi gambar ketika kunjungannya terhadap bekas perdana menteri itu.

"Hari ini saya menziarahi Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana isterinya, Dr Hasmah meninggal dunia baru-baru ini. Baca al-Fatihah.

"Mereka berkahwin kira-kira 70 tahun, beliau kini berusia 101 tahun, dengan izin tuhan," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Difahamkan, Yusuf berada di negara ini bagi memenuhi jemputan di sebuah universiti swasta.

Di ruangan komen, warga maya menzahirkan ucapan penghargaan atas kesudian Yusuf meluangkan masa menziarahi bekas pemimpin negara itu.

"Seorang legenda mengunjungi seorang legenda.

"Terima kasih kerana luangkan masa melawat negarawan Malaysia yang dihormati," komen mereka.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi, 28 September lalu pada usia 100 tahun.

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain