suria

Malang nasib pelajar kerja sambilan... Mudah diperbodohkan, dituduh curi duit pelanggan tapi majikan enggan ’check’ CCTV

Seorang wanita merasakan dirinya ditindas di tempat kerja. -Gambar hiasan

SEORANG remaja berusia 18 tahun meluahkan rasa terkilan selepas dituduh mencuri wang baki pelanggan oleh pihak pengurusan tempat kerjanya.

Menurut gadis tersebut yang bekerja sambil belajar, dia telah dituduh tidak memulangkan wang baki pelanggan.

Bagaimanapun, dia mengesyaki tuduhan itu adalah penganiayaan kerana tidak ada lebihan wang dalam laci simpanan seperti didakwa pihak pengurusan.

Seorang remaja dituduh mencuri wang pelanggan di tempat kerja. -Gambar hiasan

"Kalau betul saya tak pulangkan baki pelanggan, mesti ada duit lebih dalam drawer. Contohnya RM20, tapi tak ada pun duit over (lebih).

"Pernah satu malam ada lebih 50 sen, esoknya jadi isu RM50. Rasa macam ada yang mengubah sesuatu," katanya dalam hantaran Tanya Peguam.

Dalam hantaran yang dibuat di Facebook, dia tidak menyatakan dengan jelas jawatan yang dipegang di syarikat tidak didedahkan identitinya ini.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa pihak pengurusan mengugut untuk membuat laporan polis serta menyemak semula semua pergerakannya sepanjang tiga bulan bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur FB ada fungsi ‘translation’, majikan kantoi amal diskriminasi gaji... Gadis ini selidik iklan berlainan bahasa, kerja sama upah berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: Baru sehari kerja individu serba salah nak balik on time, bukan boleh buat OT pun... Cuma risau bos ada persepsi buruk

Namun, apabila dia meminta untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti, permintaannya itu ditolak.

"Admin cakap tak boleh tengok CCTV, lebih baik saya mengaku saja. Pelik betul... dah la kena tuduh, suruh mengaku salah pula. Dah macam fitnah saya je," luahnya lagi.

Remaja ini turut berasa terpinggir kerana rakan sekerja lain seolah-olah sudah mengetahui perkara tersebut lebih awal.

Tinggalkan saja syarikat sebab nampak sangat awak dizalimi.

NETIZEN

"Saya tak pasti sama ada mereka tak suka saya sebab saya budak 18 tahun (masih muda), ada kedai sendiri, kerja sambil belajar. Mereka (rakan sekerja) pula masih di bawah tanggungan ibu.

"Selalu terkena sampai pernah kena keluarkan dari kumpulan kerja tanpa sebab apa tak tahu (alasan yang tak jelas)," katanya lagi.

Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dan menasihati remaja ini agar membuat laporan bagi membersihkan nama.

Komen netizen di Facebook.

"Tinggalkan saja syarikat sebab nampak sangat awak dizalimi. Doakan banyak-banyak. Insya-Allah ada masa nanti tempat tu diuji Allah.

"Tak kena buku bertemu ruas lagi tu dik. Cari siapa yang mahir untuk bantu bagi panduan. Buat laporan saja. Berhenti kerja cari tempat pekerjaan lain.

"Jangan diamkan diri adik. Terang-terang awak kena tidak dalam ramai-ramai pekerja tu. Ambil tindakan dan buat laporan polis. Cakap nak tengok CCTV supaya majikan nampak awak tak senang diperbodohkan," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain