suria

Tanya kesan calar pada anak... Wanita tak sangka pengasuh takut, terasa hati! Terus 'resign', suruh cari pengganti

Tugas pengasuh mungkin nampak senang, tapi banyak cabaran yang perlu dihadapi. -Gambar hiasan

ZAMAN sekarang ramai ibu bapa keluar bekerja meskipun mempunyai anak yang masih kecil untuk dijaga dan diberi perhatian.

Pada masa sama, mereka juga sedar bukan mudah mencari pengasuh yang benar-benar komited untuk menjaga bayi atau kanak-kanak.

Seorang wanita berkongsi kisah tentang anak kecilnya yang dihantar ke rumah pengasuh, namun khidmat tersebut tidak bertahan lama.

"Pengasuh saya suruh cari pengasuh lain, dia tak nak dah jaga anak saya sebab dia takut. Saya selalu tanya dia kalau ada kesan apa-apa kat baby.

"Soalan saya macam ni, Kak perasan tak kat buntut baby yang merah ni? Kak, yang ni calar-calar entah apa kena, akak perasan ke? Ingat kucing ke cakar sebab baby kan main je dengan kucing," luahnya di laman sosial.

Wanita berkerjaya juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga. -Gambar hiasan

Menerusi hantaran yang sama, dia memaklumkan bahawa kisah ini dikongsikan untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat dan juga dirinya sendiri yang menghantar anak kepada pengasuh.

"Sebagai pengajaran untuk diri sendiri, saya minta maaf kat akak tu. Cumanya lepas ni saya tak boleh tanya-tanya lagi la kat pengasuh perihal anak-anak kan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah awal, tak terus ambil anak sebab nak ‘me time’... Wanita rasa bersalah dengan pengasuh

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkedu lihat bayinya berpanas di khemah ikan bakar bazar, pengasuh kantoi bisnes cari duit raya

Bercerita lanjut, wanita ini turut berkongsi tentang pengasuhnya terdahulu yang mana cara dia menjaga anaknya dipuji.

"Pengasuh yang dulu bagus orangnya, setiap kali makan dia update kat kita 'Hari ni makan ni'. Dia pun rajin up story pasal aktiviti anak, jadi kita pun tak ada nak tanya-tanya.

"Kalau ada apa-apa yang saya tanya kalau terkurang dari dia, dia minta maaf je. Pernah saya jumpa bateri kecil dalam berak (najis) baby, anak saya tertelan bateri mainan tu.

Tak salah tanya, tapi bergantung cara kita tanya dan soalan tu.

NETIZEN

"Lepas terjumpa bateri terus hantar mesej kat pengasuh tu, dan dia memang minta maaf sangat. Saya terus pantau keadaan anak lelaki saya, Alhamdulillah Allah pelihara anak saya," katanya.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan punca dia dan suami menukar pengasuh.

Dalam hal ini dia berpandangan, adalah normal apabila ibu bapa prihatin dan bertanyakan kepada pengasuh tentang keadaan anak masing-masing memandangkan mereka seharian bekerja.

Kanak-kanak perlu diberi perhatian dan dibimbing dengan baik. -Gambar hiasan

Wanita itu juga sedar dan memahami bahawa tiada manusia yang sempurna dan pasti ada melakukan kesilapan.

"Semua orang tak lari dari silap. Tapi itulah, lain orang lain penerimaan dan lain ragam.

"Benda-benda kecil yang terkurang kita pejam mata je la tapi dia terasa, dah suruh cari pengasuh lain. Kita pun tak kan nak paksa merayu pula," katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi dirinya sebagai ibu yang bimbang tentang anak sendiri, dan pada masa sama turut bersimpati dengan pengasuh berkenaan.

"Mak saya dulu jaga baby dan budak usia lebih 10 tahun. Kalau mak ayah tanya sekali-sekala, tak apalah. Kalau hari-hari, saya sebagai anak pun akan cakap, biarkan je la.

"Boleh je tanya. Tapi kalau dah hari-hari tanya, saya pun malas nak jaga.

"Tak salah tanya, tapi bergantung cara kita tanya dan soalan tu. Kalau awak rasa was was, sebelum pergi kerja periksa anak dulu atau ambil gambar belek satu-satu lepas balik. Kita mudahkan orang, orang pun akan memudahkan kita," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia