SEORANG lelaki didakwa membunuh bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan menggunakan kapak. Insiden tragis pada Jumaat itu dilaporkan berlaku di Kampung Madha dalam kawasan balai polis Kudwar di India. Berdasarkan laporan, serangan hingga mengakibatkan kematian itu berpunca daripada pertengkaran antara suspek, Shambhudyayal Kori dan isterinya, Ranju.Namun tidak dipastikan punca pertengkaran berkenaan.Pada awalnya, suspek didakwa menyerang wanita terbabit sebelum meneruskan serangan ke arah anak mereka, Shivansh dengan menggunakan kapak sehingga mangsa maut di lokasi kejadian.Ketua Balai Polis Kudwar, Tarun Patel berkata, pasukan polis telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta mengumpul bahan bukti."Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat. Suspek telah ditahan dan sedang disoal siasat," katanya.Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berkemungkinan mengalami masalah mental, namun perkara itu akan disahkan selepas pemeriksaan perubatan dijalankan. -Agensi