PENDUDUK setempat gempar apabila seorang wanita hamil dan dua anak perempuannya ditemui mati dalam kolam renang, pada pagi Khamis.Mangsa dikenal pasti sebagai Farhat, 26, bersama anak perempuannya, Umera, 8, dan Ayesha, 6 tahun. Difahamkan, kolam renang yang terletak berhampiran lebuh raya Warangal–Khammam, dekat Telangana, itu adalah milik keluarga mangsa. Menurut siasatan awal, tiga beranak berkenaan dilaporkan terjatuh ke dalam kolam pada malam Rabu semasa sedang beriadah.Ahli keluarga dan penduduk dikatakan cuba menyelamatkan mereka, namun gagal dan ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia.Mayat kesemua mangsa dihantar ke hsopital untuk proses bedah siasat.Suami Farhat, Mohammad Azharuddin, mendakwa kematian isteri dan dua anaknya akibat lemas.Bagaimanapun, keluarga Farhat membangkitkan krisis rumah tangga yang berlarutan dan kemungkinan insiden tragis berkenaan bermotifkan jenayah.Azharuddin juga didakwa pernah memaksa isterinya menggugurkan kandungan.Penyiasat kini meneliti sama ada konflik rumah tangga dan kehamilan Farhat menjadi punca tragedi tersebut. -Agensi