suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor sibuk selamatkan nyawa pesakit, jururawat rancak menari dalam dewan bedah... Siap bawa pembesar suara!

Video tular memaparkan seorang jururawat lelaki menari di dalam dewan bedah. -Foto Kompas

GEMPAR video memaparkan seorang petugas kesihatan menari ketika prosedur pembedahan sedang dijalankan tular di media sosial.

Rakaman dimuat naik di TikTok itu mengundang kecaman susulan tingkah laku kakitangan perubatan itu yang disifatkan sebagai tidak beretika. 

Difahamkan, kejadian berlaku di Hospital Wilayah Datu Beru, Takengon, Aceh Tengah.

Individu terbabit dikenali sebagai Riga Septian Bahri, merupakan jururawat di dewan pembedahan.

Dalam video berkenaan, dia dilihat menari sambil tiga doktor sedang melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit.

Pengarah hospital, Dr Gusnarwin meluahkan kekecewaan dan menegaskan tindakan tersebut sebagai pelanggaran disiplin serta etika professional yang serius.

Pihak hospital telah memanggil individu berkenaan dan menyerahkan kes kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan mendapati perbuatan itu berlaku secara spontan, termasuk membawa pembesar suara ke dalam dewan bedah.

Tindakannya turut mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan doktor yang sedang bertugas, sebagaimana yang dapat dilihat dalam rakaman.

Susulan kecaman, Riga tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya. 

Namun begitu, proses tatatertib tetap diteruskan dan kes telah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan selanjutnya. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia