suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis terkejut nampak wanita ‘tergantung’ belakang lori bergerak, sanggup bahayakan diri intip suami curang

Seorang wanita sanggup mengikat diri pada lori untuk mengintip suaminya.

SEORANG wanita sanggup menggadai nyawa dengan mengikat diri sendiri pada bahagian belakang lori milik suaminya selepas mengesyaki lelaki itu berlaku curang.

Insiden pelik itu dikesan ketika polis melakukan rondaan malam dan terkejut melihat wanita itu tergantung pada lori tanpa sebarang alat perlindungan. 

Polis segera menghentikan lori berkenaan bagi mengelak kemalangan serius.

Kejadian dilapor berlaku di Xinjiang, China pada Jumaat.

Apabila ditanya mengenai wanita itu, pemandu lori mengesahkan wanita itu adalah isterinya.

Polis bagaimanapun hanya memberikan amaran tegas kepada wanita itu dan menasihatinya supaya tidak mengulangi tindakan berbahaya tersebut.

Suami wanita itu pula didenda 200 yuan (RM117) dan tiga mata dikurangkan daripada lesen memandunya kerana gagal memastikan keselamatan kenderaan.

Insiden ini menarik perhatian ramai kerana kaedah mengikat diri pada lori bagi memantau pasangan dianggap sangat berbahaya dan luar biasa. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia