suria

[V] Hendap, tolak dan lari! Rakaman video dedah cubaan bunuh di stesen tren, suspek berjaya diberkas

Rakaman video menunjukkan tertuduh menolak individu tidak dikenali ketika kereta api tiba.

SEORANG lelaki ditahan dan berdepan tuduhan cubaan membunuh selepas tindakannya menolak seorang individu ke landasan kereta api ringan di stesen Northgate, Seattle.

Menurut Pejabat Peguam Pendakwa Raja King County, insiden itu dirakam dalam video pengawasan [Tonton Video] yang menunjukkan tertuduh, Elisio Melendez, menunggu sehingga kereta api menghampiri stesen sebelum cuba menolak mangsa. 

Mangsa berjaya mengelak daripada jatuh, namun suspek kemudian membuat cubaan kali kedua menolaknya sebelum melarikan diri.

Siasatan polis berdasarkan rakaman video membawa pihak berkuasa ke pusat komuniti kesihatan mental berdekatan, di mana Melendez akhirnya ditahan pada 24 Mac. 

Pakaian yang sepadan ketika kejadian turut ditemui bersamanya. 

Tuduhan rasmi difailkan pada 26 Mac dan Melendez kini ditahan di Kemudahan Pemulihan King County dengan ikat jamin $750,000 (kira-kira RM3.2 juta)

Dia berdepan tuduhan cubaan membunuh darjah kedua, dan kes masih menunggu perbicaraan. -Agensi

Artikel Lain