suria

Lelaki tamat nyawa adik OKU dengan kapak, ditangkap dalam keadaan bogel di padang sekolah

Pelaku jenayah bunuh wajar diberi hukuman berat. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh adik tirinya yang merupakan seorang remaja kurang upaya.

Tertuduh, Zuberi Sharp, membuat pengakuan bersalah pada 30 Mac lalu di sebuah mahkamah di Ventura County, California, Amerika Syarikat.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Daerah Ventura, kejadian tragis itu berlaku pada malam 5 Disember 2024.

Mangsa yang berusia 15 tahun, Zayde, ditemukan dalam keadaan berdarah di sebuah bangsal di belakang rumahnya.

Menurut bapa saudara mangsa, dia melihat tertuduh yang berusia 26 tahun berdiri sambil memegang kapak.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hendap, tolak dan lari! Rakaman video dedah cubaan bunuh di stesen tren, suspek berjaya diberkas

Lelaki itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ibu mangsa segera menghubungi talian kecemasan. 

Ketika polis tiba, mangsa yang juga penghidap cerebral palsy berada dalam pangkuan ibunya sebelum dikejarkan ke hospital.

Namun, dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Abangnya pula ditangkap ketika berada dalam keadaan bogel di padang sebuah sekolah berdekatan.

Mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh berdepan hukuman penjara antara 15 tahun hingga seumur hidup. -Agensi

 

Artikel Lain