MESKIPUN pendapatan tahunan sekitar RM900,000 setahun sepasangan suami isteri memilih mengamalkan gaya hidup sederhana termasuk mengutip makanan dari tong sampah pasar raya.Berdasarkan laporan Nine.com.au, Emelie dan Jon Watson bersama dua anak mereka mengamalkan konsep 'hidup dengan serba sederhana', selari dengan gerakan kelestarian yang semakin berkembang di Australia. Malah pasangan dari Brisbane itu tidak membeli barangan baharu sejak 2008, selain mendapatkan sebahagian besar makanan melalui aktiviti ‘dumpster diving’ iaitu mengambil makanan yang masih elok tetapi dibuang pasar raya.Mereka yang kini bebas hutang pinjaman rumah dan hanya bekerja secara sambilan sebagai guru ganti serta jurutera memperoleh pendapatan gabungan kira-kira AS$190,000 (sekitar RM900,000) setahun.Bukan itu sahaja, mereka turut menjalani kehidupan fkeksibel kerana hanya bekerja maksimum empat hari seminggu.Secara purata, mereka membelanjakan kurang daripada AS$40 (sekitar RM190) seminggu untuk makanan tambahan, malah ada minggu tertentu tanpa sebarang perbelanjaan.Apa yang mengejutkan, pada 2024, pasangan itu menyalurkan lebih AS$47,500 (sekitar RM225,000) daripada pendapatan tahunan mereka kepada organisasi berkaitan kesihatan, keselamatan makanan dan pendidikan.Bagi mereka, matlamat utama adalah mengurangkan kesan terhadap alam sekitar sambil menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan penyumbang kepada masalah. -Agensi