SEORANG guru sekolah menengah berusia 29 tahun ditahan polis selepas disyaki melakukan hubungan intim dengan seorang pelajar bawah umur.Kejadian dilaporkan berlaku di Tokyo, Jepun. Keisuke Imaeda, yang merupakan seorang guru di sekolah awam di Kawasaki, Kanagawa, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu pada Disember tahun lalu.Berdasarkan laporan pada Jumaat, suspek dan remaja perempuan berusia 17 tahun itu dipercayai mula berkenalan menerusi laman media sosial.Suspek yang mengetahui mangsa masih di bawah umur turut meminta remaja terbabit membawa pakaian seragam sekolah ke rumahnya.Menerusi waran tangkap yang dikeluarkan terhadap suspek, kejadian berlaku antara 1 hingga 2 Disember lalu.Suspek turut didakwa merakam aksi tidak senonoh serta mengambil foto mangsa menggunakan telefon pintarnya.Perbuatan keji suspek terbongkar selepas remaja tersebut pergi ke sebuah pondok polis di Setagaya pada 2 Disember lalu bagi meminta bantuan kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke rumah.Tingkah laku mangsa yang dilihat mencurigakan, menyebabkan anggota polis mula menyoal siasat sehingga akhirnya mangsa membongkarkan segala perbuatan tidak bermoral cikgu terbabit.Suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.Susulan penangkapan itu, Lembaga Pendidikan Wilayah Kanagawa mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan kekesalan mereka terhadap insiden yang mencemarkan imej profesion perguruan.Setakat ini, kes masih dalam siasatan dan suspek bakal berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan di bawah Akta Larangan Prostitusi dan Pornografi Kanak-kanak kerana. -Agensi