suria

[V] Salah ambil lajak… Lima pelancong tercampak dari ‘bot donut’, hempap kanak-kanak tepi pantai

Kanak-kanak bermain di tepi pantai turut menjadi mangsa.

KEGEMBIRAAN lima pelancong bermain bot donut bertukar duka apabila permainan air itu gagal dikawal hingga menyebabkan mereka tercampak ke tepi pantai.

Menurut mangsa dikenali sebagai Esty, ketika kejadian mereka sedang menaiki permainan air tersebut di tengah laut dan keadaan pada awalnya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

“Kami berlima bermain di tengah laut dan semuanya baik-baik sahaja. Tiada ombak besar dan kami tidak terjatuh,” katanya.

Bagaimanapun, situasi berubah berdekatan kawasan pantai apabila pemandu terlewat melakukan ‘manuver’ menyebabkan permainan air itu terlalu hampir dengan pesisir pantai.

“Pemandu tersalah anggar ketika membelok. Kami terlalu dekat dengan pantai sebelum kemalangan berlaku,” jelasnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Pantai Harapan Ammani di Mattiro Sompe, Indonesia.

Akibat insiden itu, kelima-lima mangsa tercampak dan mengalami lebam pada beberapa bahagian badan. 

Esty dilaporkan mengalami kecederaan pada betis, dada dan leher.

Kesemua mangsa menerima rawatan di pusat kesihatan komuniti berhampiran, manakala pihak pengurusan dilaporkan membantu menanggung kos perubatan.

Berdasarkan video yang tular [Tonton Video], mangsa yang tercampak turut terjatuh di atas kanak-kanak yang sedang bermain di tepi pantai. -Agensi

 

Artikel Lain