suria

Bunyi tenggelam masa ‘call’ di tempat bising? Aktifkan fungsi rahsia iPhone ini, automatik suara jadi jelas

Panggilan telefon menjadi lebih sukar jika berada di tempat yang bising. -Gambar hiasan AI

RAMAI pengguna tidak sedar bahawa telefon pintar jenama iPhone sebenarnya dilengkapi fungsi khas yang mampu meningkatkan kualiti panggilan dengan menapis bunyi bising di sekeliling.

Seorang pengguna di aplikasi Threads berkongsi tip ini selepas mendapati masih ramai terlepas pandang tetapan berkenaan.

Sedangkan tetapan ini sangat berguna terutama ketika membuat panggilan di kawasan hingar seperti tepi jalan atau kedai makan.

Aktifkan Voice Isolation ketika panggilan

Menurut perkongsian tersebut, pengguna hanya perlu membuat panggilan terlebih dahulu sama ada melalui Phone atau FaceTime.

Kemudian, buka Control Center dengan swipe dari bahagian bucu kanan atas skrin.

Seterusnya, tekan pada pilihan Mic Mode dan pilih Voice Isolation.

Fungsi ini akan membantu memfokuskan suara pengguna, mengurangkan bunyi latar belakang serta menjadikan audio lebih jelas kepada penerima.

Panggilan lebih jelas dengan menggunakan Wi-Fi Calling.

Guna Wi-Fi Calling untuk sambungan lebih stabil

Selain itu, pengguna juga disarankan mengaktifkan fungsi Wi-Fi Calling, khususnya jika berada di dalam bangunan yang mempunyai liputan rangkaian lemah.

Caranya mudah, pergi ke Settings, pilih Phone dan tekan pada Wi-Fi Calling sebelum mengaktifkannya.

Melalui fungsi ini, panggilan akan menggunakan sambungan WiFi, sekali gus memberikan audio yang lebih stabil dan kurang gangguan.

Antara kelebihan utama menggunakan tetapan ini termasuk:

1. Mengurangkan bunyi angin dan noise (bising) persekitaran

2. Mengelakkan gangguan suara orang sekeliling

3. Tidak perlu mengulang percakapan berkali-kali

Tip tambahan untuk audio lebih jelas

Dalam masa sama, pengguna turut diingatkan bahawa kualiti mikrofon juga memainkan peranan penting.

Penggunaan earphone (fon telinga) atau earbuds yang mempunyai ciri Environmental Noise Cancellation (ENC) boleh membantu menapis bunyi sekeliling ketika panggilan, terutama jika sering berkomunikasi di tempat bising.

Artikel Lain