suria

Minum kopi ketika perut kosong undang bahaya! Pakar diet dedah 4 kesan buruk, boleh jadi punca stres

Terdapat beberapa kesan sampingan jika minum air kopi ketika perut kosong. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi rutin bagi kebanyakan orang memulakan hari dengan secawan kopi sebagai cara menempuh hari yang panjang.

Namun kebiasaan itu membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada minum kopi di waktu pagi ketika perut masih kosong selamat atau sebaliknya.

Menurut pakar diet, Christina Manian, kebanyakan individu masih boleh mengambil air kopi tanpa makan terlebih dahulu tetapi tabiat ini sebenarnya tidak digalakkan jika dilakukan secara kerap.

Ini kerana terdapat empat kesan sampingan boleh berlaku apabila kopi diminum ketika perut kosong.

1. Boleh menyebabkan sakit perut

Kafein yang terkandung dalam air kopi merangsang penghasilan asid dalam perut. 

Apabila tiada makanan, asid ini boleh mengganggu lapisan perut, sekali gus menyebabkan pedih ulu hati, refluks asid dan rasa tidak selesa.

2. Tingkatkan hormon stres

Kafein dalam kopi boleh mencetuskan pengeluaran hormon kortisol (hormon stres). 

Jika diminum ketika perut kosong, kesannya boleh menjadi lebih kuat sehingga membuatkan anda cepat rasa cemas atau tertekan, terutama pada waktu pagi.

3. Risiko rasa gelisah dan berdebar

Tanpa makanan sebagai 'penampan', kafein diserap lebih cepat dalam badan. 

Ini boleh menyebabkan sesetengah individu mengalami simptom seperti tangan menggeletar, jantung berdebar dan rasa gelisah.

4. Ganggu keseimbangan gula dalam darah

Minum kopi tanpa makan boleh menyebabkan turun naik paras gula dalam darah, yang akhirnya membuatkan anda cepat letih, lapar atau caffein crash (tenaga naik sekejap, kemudian jatuh mendadak).

Walaupun minum air kopi ketika perut kosong tidak membahayakan semua orang, ia tetap bukan pilihan terbaik untuk diamalkan setiap hari.

Jika anda sering mengalami sakit perut, gelisah atau tidak selesa selepas minum kopi pagi, sebaiknya ambil sedikit makanan terlebih dahulu sebelum menikmati minuman tersebut.

Artikel Lain