SEORANG wanita berkongsi perasaan terkejut apabila pertama kali menjalani ujian elektrokardiogram (ECG) di sebuah hospital baru-baru ini.Menurutnya, dia tidak menyangka pemeriksaan jantung itu memerlukan pesakit membuka baju dan pakaian dalam sebelum menjalani pemeriksaan. "Tak tahu pun periksa jantung kena buka bra. Nasib baik nurse perempuan, kalau lelaki memang aku lari tak nak buat," kongsinya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi termasuk beberapa wanita yang pernah menjalani prosedur berkenaan.Jelas salah seorang netizen, pesakit perlu membuka pakaian dan baju dalam kerana perlu menampal elektrod di bawah bahagian payudara."Ada nurse suruh longgarkan sahaja (pakaian dalam) ada yang terus buka. Hancur maruah. "sumpah terkejut 'beruk' bila pertama kali buat ECG. Tapi mujur nurse perempuan. Pasrah je masa itu sebab tengah demam sesak nafas."Saya banyak kali buat ECG nak tengok saiz jantung. Memang kena buka bra. Doktor dan jururawat alih-alihkan (pakaian dalam) untuk letak benda macam sticker itu," antara warga maya berkongsi pengalaman.Dalam masa sama, ada individu yang bekerja dalam sektor perubatan tampil menjelaskan situasi sebenar dari sudut perubatan.Menurutnya, prosedur membuka pakaian termasuk baju dalam diperlukan bagi memastikan elektrod dapat dilekatkan dengan kemas dan tepat pada bahagian sasaran."Memang betul kena buka bra. Saya selalu buat untuk pesakit. Kalau dapat pesakit yang okay memang bertuah sangat."Tapi ada juga yang tak okay sampai tuduh sexual harrasment," ujarnya.Melihat kepada pelbagai respon terhadap hantaran tersebut, jelas masih ramai tidak mengetahui proses ECG yang dilakukan di klinik atau hospital.ECG merupakan ujian biasa digunakan bagi merekod aktiviti elektrik serta rentak jantung menggunakan elektrod pada kulit bagi individu dengan sakit dada, berdebar-debar atau mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung.Proses yang mengambil masa selama lima ke 10 minit itu membantu mengesan sebarang masalah seperti seperti aritmia, serangan jantung, atau kerosakan otot jantung.Berikut adalah proses ringkas pemeriksaan ECG:1. Sesi persediaanPesakit akan diminta baring di atas katil. Jika memakai pakaian bahagian atas termasuk bra, ia perlu dibuka bagi membolehkan elektrod dilekatkan dengan tepat namun, privasi pesakit tetap dijaga menggunakan kain penutup.2. Lekatkan elektrodJururawat akan membersihkan kawasan dada, tangan dan kaki menggunakan sapuan alkohol sebelum melekatkan kira-kira 10 elektrod kecil yang disambungkan ke mesin ECG.3. Masa untuk rekodPesakit perlu berada dalam keadaan tenang dan tidak bergerak. Sebarang pergerakan seperti batuk atau bercakap boleh mengganggu bacaan. Dalam tempoh lima hingga 10 minit, mesin akan merekod isyarat elektrik jantung dalam bentuk graf.4. Selesai pemeriksaanSelepas selesai, elektrod akan ditanggalkan dan pesakit boleh memakai pakaian semula. Doktor kemudiannya akan menjelaskan keputusan, sama ada secara terus atau melalui sesi susulan.