ISU wanita yang kematian suami atau bercerai hidup keluar rumah sepanjang tempoh idah sering menjadi perdebatan ramai. Meleraikan persoalan itu, peguam syarie, Farhan Fadzil menjelaskan wanita yang berada dalam iddah kematian suami perlu mematuhi beberapa ketetapan namun Islam tidak menyempitkan sehingga menghalang urusan penting perlu diselesaikan si balu. Dalam keadaan tertentu, mereka dibenarkan keluar rumah sekiranya melibatkan keperluan mendesak dan berkaitan dengan hak diri atau arwah suami.Jelas Farhan, dalam situasi seperti hadir ke mahkamah bagi kes melibatkan arwah suami dikira sebagai urusan penting yang dibenarkan syarak dan bukan dalam kategori keluar tanpa sebab.Berikut adalah panduan lanjut berdasarkan situasi tersebut.1. Keperluan mendesak (hajat)Keluar untuk urusan seperti ke mahkamah, balai polis atau menguruskan tuntutan insurans dan pusaka dikategorikan sebagai hajat yang sangat penting. Ia melibatkan hak serta keadilan, justeru dibenarkan dalam tempoh iddah.2. Masa keluarIsteri digalakkan keluar pada waktu siang dan pulang ke rumah sebelum malam. Namun, jika urusan seperti perbicaraan mahkamah berlanjutan, ia dibolehkan mengikut keperluan.3. Adab sepanjang iddahWalaupun keluar atas urusan penting, wanita tetap perlu menjaga adab iddah seperti tidak berhias berlebihan, memakai pakaian sopan serta menjaga kehormatan diri.4. Tuntutan keadilan untuk arwahBalu dibenarkan keluar kerana urusan tersebut melibatkan keperluan mendesak serta berkaitan hak dan keadilan, yang diiktiraf oleh syarak. Ia bukan dianggap keluar tanpa sebab, sebaliknya termasuk dalam kategori hajat yang dibenarkan dalam tempoh iddah.