suria

Balik lepak sambung WhatsApp macam orang bercinta! Isteri sarat hamil rasa dipinggirkan, geram sikap suami ‘agungkan’ kawan

Ada suami lebih suka meluangkan masa bersama kawan-kawan berbanding isteri. -Gambar hiasan AI

LUMRAH kehidupan berumah tangga, ada masanya diuji dengan perselisihan faham yang menguji kesabaran suami isteri.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan seperti tidak diumpamakan apabila suaminya mempunyai tabiat kerap keluar melepak bersama rakan-rakan pada waktu malam.

Apa membuatkan emosinya terganggu, dia kini sedang hamil dan mereka akan bertengkar setiap kali membangkitkan isu tersebut.

"Suami aku setiap minggu mesti sekali atau dua kali pergi lepak. Semestinya balik aku dah tidur. Lama-lama aku makin benci dengan kawan-kawan dia.

Selain restoran mamak, gerai yang mempunyai pelayan wanita cantik turut menjadi tumpuan golongan lelaki. -Gambar hiasan AI

Selain restoran mamak, gerai yang mempunyai pelayan wanita cantik turut menjadi tumpuan golongan lelaki. -Gambar hiasan AI

"Macam tak sedar yang kawan dia ini sudah berkahwin dan bini tengah mengandung. Kami dah beberapa kali gaduh sebab ini," luahnya.

Jelasnya, suami memberi alasan tidak sanggup mengetepikan persahabatan dengan rakan-rakannya yang sudah terjalin sejak lapan tahun lalu iaitu sebelum mereka berkahwin.

"Aku bukan nak halang dia berkawan, kalau sebulan dua kali boleh terima lagi. Ini setiap minggu wajib keluar!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lebih ‘sayang’ geng lepak, habis kerja terus ke mamak! Tak peduli isteri di rumah setia menanti

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gendong anak tengah hujan intip suami lepak, hidup dalam curiga lepas dicurangi... Paling pedih mentua masuk campur ugut hak zuriat!

"Jahat sangat ke kalau aku halang dia jumpa kawan secara kerap? Sudah la selalu ajak lepak, pastu balik WhatsApp macam orang bercinta," katanya.

Demi mengelakkan pertengkaran, wanita itu pernah menemani suaminya keluar tetapi hanya menunggu di dalam kereta supaya lelaki itu pulang lebih awal.

Namun mereka bergaduh besar apabila suami memberitahu mahu mengikut rakan-rakannya bercuti ke Thailand.

"Minggu lepas gaduh teruk sebab dia nak ikut kawan-kawan pergi Thailand. Saya baru sudah alahan, tak tahu la kenapa dia tak faham.

  • Wanita hamil kecewa suami kerap keluar bersama rakan hingga cetus pergaduhan.
  • Dia hanya mahu suami kurangkan aktiviti lepak dan luang masa bersama keluarga.
  • Suami beri alasan persahabatan lama sukar ditinggalkan.
  • Isteri pernah ikut keluar tetapi menunggu dalam kereta demi elak konflik.
  • Netizen nasihatkan supaya tidak stres sepanjang kehamilan.

"Kita ni nak luang masa lagi-lagi tengah mengandung. Sudah luah macam-macam tapi dia masih tak faham," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mendoakan masalah pasangan itu segera berakhir selain berharap rakan-rakan suami wanita itu segera bertemu jodoh.

"Biar cepat-cepat la semua kawan-kawan dia kahwin. Biar dapat isteri kaki kongkong terus padan muka.

"Memang wujud kawan-kawan tak peka ni, awak jangan stres sangat masa mengandung ni, takut ada kesan dekat bayi nanti," komen netizen. 

Artikel Lain