suria

Wanita gendong anak tengah hujan intip suami lepak, hidup dalam curiga lepas dicurangi... Paling pedih mentua masuk campur ugut hak zuriat!

Pasangan yang dicurangi cenderung mengalami trauma dan paranoid. -Gambar hiasan AI

PASANGAN yang dicurangi cenderung mengalami trauma dan paranoid sepanjang hidup.

Melalui situasi sama, seorang wanita berkongsi perubahan yang berlaku dalam dirinya selepas mengetahui tentang kecurangan suami.

"Kesan daripada suami curang, aku sukar nak percaya semua perkara... bayangkan dia cakap nak pergi lepak mamak dekat tempat sekian-sekian.

Perbezaan pendapat cenderung berakhir dengan pertengkaran. -Gambar hiasan AI

Perbezaan pendapat cenderung berakhir dengan pertengkaran. -Gambar hiasan AI

"Aku senyap-senyap ambil e-hailing tengah malam dengan keadaan hujan lebat sambil gendong anak pergi tempat dia lepak," ujarnya di Thread.

Meskipun berasa lega melihat suaminya berada di lokasi yang dinyatakan, namun dia mengakui berasa letih dengan tindakan itu.

Akuinya perasaan curiga dan tindakan pengintipan yang dilakukan itu telah berlarutan selama dua bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: 

ARTIKEL BERKAITAN: 

"Aku dah bersedia nak keluar daripada perkahwinan toksik ni tapi ada masalah dengan kerja.

"Dah lama tak bekerja jadi aku kena cari dulu dan harapnya dapat dalam masa yang terdekat... dah mohon merata tapi belum ada panggilan," luahnya.

  • Wanita alami trauma dan paranoid selepas suami curang.
  • Dia sanggup ambil e-hailing tengah malam bawa anak untuk intip suami.
  • Pengintipan berlarutan dua bulan membuatkan dirinya bertambah letih dan tertekan.
  • Dia mahu keluar dari perkahwinan toksik tetapi terhalang kerana belum dapat kerja.
  • Ugutan ibu mentua tambah tekanan, netizen beri nasihat dan sokongan.

Lebih menambah rasa hiba apabila dia mendedahkan pernah menerima ugutan daripada ibu mentua.

Menurutnya, suami pernah menyatakan hasrat untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

"Mak mentua pun ugut dan cakap... awak tu tak ada apa-apa tahu, jangan sampai nanti tengok anak dekat luar pagar je.

Warga maya berkongsi pengalaman dan pandangan.

Warga maya berkongsi pengalaman dan pandangan.

"Apa yang diucapkan tu buatkan saya bertambah stres," ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.

Luahannya itu membuatkan warga maya berkongsi pandangan dan nasihat.

"Bagitahu suami yang awak masih trauma, tak percaya pada dia dan perlukan sokongan emosi. Abaikan kata-kata yang suruh cerai.

"Saya rasai perkara sama, memang hidup tak aman sehinggalah bercerai.

"Semoga terus kuat dan diberikan rezeki melimpah ruah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain