suria

Iman diuji ketika hutang menimbun... Lelaki terkejut jumpa beg duit perempuan di R&R Dengkil, sekelip mata RM5,000 ada dalam tangan

Setiap orang diuji dalam kehidupan mereka.-Gambar hiasan AI

SETIAP manusia tidak lekang daripada ujian hidup.

Begitulah situasi yang dialami lelaki ini apabila dia menjumpai beg duit wanita ketika sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.

Berkongsi cerita, ujarnya kejadian berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Selangor ketika dia dalam perjalanan ke Seremban di Negeri Sembilan.

Segelintir individu menghadapi masalah kewangan yang teruk. -Gambar hiasan AI

Segelintir individu menghadapi masalah kewangan yang teruk. -Gambar hiasan AI

"Singgah minum sekejap kemudian masa nak masuk kereta, ternampak ada beg duit perempuan di bawah kereta saya.

"Pelik juga macam mana boleh ada beg duit bawah kereta, saya ambil dan buka dalam kereta sebab tengok tebal semacam.

"Sekali buka, ya Allah... banyak sangat duit RM100, saya tak kira tapi anggarannya dalam RM5,000 hingga RM6,000," ujarnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu kutu' jerat diri, hidup dihantui hutang! Setiap bulan kena sedia RM8,000 bayar 'loan', gaji bersih cuma RM2,400

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji tinggal RM100, banyak hutang... Suami tetap ragu-ragu izin isteri kerja, risau komitmen baharu pula muncul

Dalam keadaan sedang menghadapi tekanan kewangan, dia mengakui hatinya terdetik untuk menggunakan wang tersebut bagi menyelesaikan sebahagian masalah yang ditanggung.

"Kalau saya ambil dan guna duit ini, memang cukup untuk selesaikan masalah saya sekarang tapi Allah jentik hati saya supaya beristhigfar.

"Saya korek-korek lagi dalam dompet tu, jumpa MyKad wanita dan kad bisnes dia.

  • Lelaki diuji ketika menemui dompet wanita berisi RM5,000–RM6,000 di R&R Dengkil.
  • Dia sedang hadapi masalah kewangan tetapi tetap menolak 'godaan' untuk guna duit itu.
  • Usaha menghubungi pemilik gagal pada awalnya sebelum wanita itu akhirnya menghubungi semula.
  • Mereka bertemu di R&R Seremban dan dompet diserahkan dengan selamat.
  • Netizen puji kejujurannya dan doakan rezeki serta urusannya dipermudahkan.

"Banyak kali saya hubungi tapi tak dijawab, jadi saya nak terus ke alamat dalam MyKad kerana berada di lokasi yang ditujui," ujarnya berkongsi situasi.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, pemilik dompet menghubunginya semula dalam keadaan sebak.

Susulan itu mereka berjanji untuk bertemu di R&R Seremban.

Warga maya memuji kejujuran dan sikap amanahnya.

Warga maya memuji kejujuran dan sikap amanahnya.

"Alhamdulillah, saya serahkan dengan selamat dompet dia... terima kasih Allah masih beri saya iman yang kuat," tambahnya sambil menzahirkan rasa syukur dengan ujian yang diterima.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Selain meluahkan simpati dengan masalah kewangan yang dialami pengadu, ramai yang memuji sikap jujur dan amanahnya.

"Semoga Allah ganti dengan rezeki yang tak henti-henti nanti dan urusan mendatang sentiasa dipermudahkan.

"Saya memang tak berani ambil yang bukan hak. Daripada pengalaman sepupu saya, apa yang dia ambil tak seberapa tapi apa yang Allah tarik dari dia lebih menyusahkan untuk dihadapi.

"Tahniah buat tindakan betul, Allah ada untuk menilai dan bakal bagi penghargaan besar untuk encik," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain