SEORANG bapa berkongsi rasa janggal setiap kali melihat ada pasangan yang bercuti berdua tanpa membawa anak-anak.
Katanya, dia dan isteri sukar untuk berbuat demikan kerana pastinya akan teringatkan anak-anak walau ke mana mereka pergi.
Menurutnya, pelbagai situasi ketika bercuti sering membuatkan mereka terkenangkan anak sekiranya ditinggalkan.
Ada pasangan yang selesa bercuti dengan membawa anak-anak. -Gambar hiasan AI
“Kalau nampak lauk ayam, teringat... ini kakak suka ni. Nampak kolam renang, terus terbayang... kalau kakak dan adik ada mesti mereka seronok main air.
"Kalau nampak pantai pula... ada budak-budak ni kan best, seronok main pasir," luah lelaki tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Cucu rimas nenek sakit kaki gigih nak ikut bercuti, merajuk jika ditinggalkan - “Jadi macam orang tua lain, duduk rumah diam-diam”
ARTIKEL BERKAITAN: Adik benci tengok abang, kakak ipar bersantai di hari cuti... Ibu umur 70 tahun seharian dikerah jaga cucu
Jelasnya, terdapat sesuatu perasaan yang sukar digambarkan apabila meninggalkan anak-anak semasa bercuti.
"Kau faham tak rasa tu? Sebab tu la kami susah ke senang ke, anak-anak tetap angkut pergi ke mana sekali pun," katanya.
- Bapa akui sukar bercuti tanpa anak kerana sering teringatkan mereka.
- Dia dan isteri lebih selesa membawa anak walau ke mana pergi.
- Netizen kasihan bila datuk nenek yang sudah tua terpaksa jaga cucu.
- Sebahagian berkata setiap keluarga ada keperluan berbeza.
- Ramai setuju travel berdua boleh, asalkan tidak menyusahkan sesiapa.
Pandangan itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang menyuarakan rasa kasihan apabila melihat datuk dan nenek yang sudah berusia terpaksa menjaga cucu, sementara ibu bapa bercuti.
“Ada masa tengok datuk, nenek dah tua sangat kesian apabila kena jaga cucu-cucu. Mak ayah pula berjimba.
"Sekali-sekala tak apa, asalkan bukan sampai menyusahkan," kata netizen.
Reaksi warga maya berkaitan bercuti tanpa anak.
Namun dalam masa sama, ada juga yang menegaskan bahawa setiap keluarga mempunyai situasi hidup yang berbeza.
"Kau nak bawa anak sekali, bawa la. Ada orang perlukan waktu recharge. Dalam masa yang sama memang ada yang nak jagakan budak-budak.
"Apa salahnya travel sekejap berdua. Untuk eratkan hubungan suami isteri juga... bukan tinggalkan terus budak-budak tu," katanya.


