SEORANG pempengaruh media sosial berdepan detik cemas apabila mendakwa dia dikejar seekor gajah.
Menurut Reno Omokri, dia dikejar haiwan yang naik minyak itu ketika berada di Taman Negara Tarangire, Tanzania.
Omari yang juga seorang penulis memaklumkan dia berada di lokasi itu untuk mempromosikan tarikan pelancongan Afrika.
Dalam perkongsian di media sosial, Omari berkata serangan itu berlaku berdekatan sebuah tapak kem dalam taman negara berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya anak gajah belum mati selepas digilis… Lelaki cerita si ibu cuba tolak kepala lori tapi tak berdaya
Bagaimanapun, seorang lagi individu yang mempunyai video penuh kejadian itu mendakwa Omari tidak berlaku jujur dengan pengikutnya.
Menurut individu itu, gajah berkenaan sebenarnya hanya mahu melintas jalan dan tidak mengejar Omari seperti yang didakwa.
Di sebalik kecaman yang diterima, segelintir warga maya tetap memuji usaha Omari yang menggunakan platform miliknya untuk memperkenalkan lokasi pelancongan Afrika.
Untuk rekod, Omari sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu khas kepada bekas Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan.
Omari memiliki 2.6 juta pengikut di laman X dan hampir 700,000 peminat di Instagram.
Dia juga pernah dinamakan sebagai 'Business Influencer of the Year' oleh Business Insider Afrika pada tahun 2022. -Agensi