suria

Wanita hasilkan video lucah bersama 9 anak, si bongsu umur 10 tahun turut terlibat

Seorang wanita didakwa menghasilkan video lucah bersama sembilan orang anaknya.

SEORANG wanita didakwa menghasilkan video lucah bersama sembilan orang anaknya, termasuklah si bongsu yang baru berusia 10 tahun.

Anak sulungnya pula baru berusia 21 tahun dan turut terlibat dalam video menjijikkan itu.

Menurut halaman media sosial Than Pao, perbuatan menjijikkan itu diketuai oleh wanita berkenaan yang berusia 34 tahun.

Dia didakwa menguruskan kumpulan rahsia bersama anak-anaknya yang mana mereka menjual video-video lucah yang dihasilkan sendiri.

“Seluruh ahli keluarga, termasuk adik-beradik, terlibat dalam kumpulan rahsia ini untuk menghasilkan dan menjual video lucah,” menurut hantaran di halaman berkenaan.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia (SDHS) di wilayah Nan mengakui cuba untuk campur tangan, namun usaha mereka tidak berhasil.

Ia ekoran kedegilan keluarga itu yang masih meneruskan aktiviti mereka tanpa rasa gentar.

Malah, mereka turut mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang mendedahkan atau mengkritik mereka.

Pendedahan itu mencetuskan kemarahan ramai di media sosial yang mana rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan bimbang terhadap kebajikan anak-anak yang terlibat.

Malah, mereka turut menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas demi menyelamatkan anak-anak wanita itu. - Agensi.

 

Artikel Lain