SEORANG lelaki maut selepas sebuah pesawat enjin tunggal yang dikendalikannya terhempas pada pagi Sabtu.
Menurut Peronda Lebuhraya Florida (FHP), pesawat jenis Piper PA-32R itu membawa seorang penumpang iaitu juruterbang berusia 56 tahun.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pula, pesawat itu berlepas dari Clearwater Airpark menuju ke Lapangan Terbang Perbandaran Fernandina Beach.
ARTIKEL BERKAITAN: Insiden pesawat TUDM: Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sementara
Ia dilaporkan berlaku sekitar pukul 9.35 pagi di kawasan Blackrock Road, utara State Road 200.
Menerusi sekeping foto yang dirakam dari rumah seorang penduduk, kelihatan api marak di sebelah luar pagar kediamannya sejurus pesawat itu terhempas.
Pihak FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) turut berada ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
Setakat ini, punca kemalangan masih belum diketahui. -Agensi