suria

Tragedi konsert muzik, remaja lunyai dibelasah 40 samseng jalanan salah ‘target’

Pergaduhan adalah satu jenayah. -Foto hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun diculik dan dibelasah bertubi-tubi oleh 40 individu bersenjatakan kayu serta buluh.

Kejadian itu dilaporkan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang selepas menonton konsert muzik.

Bercerita mengenai insiden yang berlaku di Kepulauan Jawa, Indonesia, bapanya, Dian Susanto berkata, pada masa itu mangsa konvoi berrsama rakan-rakannya dari luar bandar sebelum ditahan  sekumpulan individu tidak dikenali.

"Ketika anak saya berkonvoi bersama kawan-kawannya, dia tiba-tiba ditahan dan dipukul kerana disangka salah seorang geng motor," ujarnya.

Mangsa dikhabarkan sempat dibawa ke suatu tempat untuk disoal siasat dan hanya dilepaskan setelah terbukti bahawa dia tidak terlibat.

Namun, pada masa itu mangsa telah pun 'lunyai' dibelasah suspek yang bersenjatakan kayu dan buluh.

Menurut Dian, anaknya dikatakan menjadi mangsa salah sasaran, ekoran terdapat desas-desus pergaduhan yang akan berlaku di kawasan itu sebelumnya.

Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa, suspek masih belum dapat dikesan meskipun kejadian dilaporkan berlaku September lalu.

"Proses siasatan tergendala kerana saksi enggan mengulas lanjut, bahkan mangsa sendiri tidak mengenali mana-mana suspek apalagi diserang beramai-ramai seperti itu," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kebumen, AKP Yoshua Farin. -Agensi

Artikel Lain