suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 6 tahun mengadu sakit pada kemaluan, rupanya dirogol jiran semasa bayar bil

Mangsa rogol cenderung mengalami trauma fizikal. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun.

Perbuatan suspek berusia 21 tahun itu terbongkar selepas mangsa mengadu sakit pada bahagian alat sulit kepada ibu bapanya. 

Kejadian pada 6 Mei lalu, dilaporkan berlaku di Kota Padangsidimpuan, Medan di Indonesia.

Ketua Polis Padangsidimpuan, AKBP Wira Prayatna, berkata, mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika dia disuruh membayar bil internet kepada jiran, yang juga suspek.

"Selepas pulang dari rumah suspek, mangsa mengadu kesakitan.

"Sehubungan itu, ibu bapanya tampil membuat laporan polis," ujarnya.

Tambah beliau, pihak polis segera menjalankan siasatan dan menahan suspek setelah memperoleh bukti yang mencukupi. -Agensi

Artikel Lain