suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perangkap ‘makan’ tuan, petani maut terkena renjatan elektrik... Rawatan intensif 10 jam gagal

Mangsa dikatakan tergelincir sewaktu membuka paip air sebelum terkena renjatan elektrik.

SENJATA makan tuan, cubaan menyelamatkan hasil tuaian bertukar tragedi apabila seorang petani maut selepas terkena perangkap tikus buatannya sendiri.

Insiden dilaporkan berlaku di Sragen, Indonesia.

Berdasarkan keterangan Ketua Polis Sragen, Pesuruhjaya Kanan Petrus Parningotan Silalahi, mangsa dikatakan cuba membuka pam air sebelum tergelincir ke atas kabel elektrik dengan arus 220 Voltan (VA).

Insiden itu membuatkan petani berusia 39 tahun itu ditemukan terbaring dalam keadaan kritikal di kawasan sawahnya, pada pagi 8 Mei.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Daerah Dr Soedono dan menerima rawatan intensif selama 10 jam.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkannya gagal.

Hasil siasatan mendapati terdapat luka terbakar pada tapak tangan dan punca kematian diklasifikasikan sebagai kelalaian. -Agensi

Artikel Lain