suria

Budak ponteng sekolah diberi upah RM12 selepas dirogol majikan

Mangsa rogol akan mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

SEORANG pengusaha gerai makanan didapati bersalah merogol pekerjanya sendiri dengan memaksa mangsa minum arak sebelum dirogol pada awal bulan lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu melakukan jenayah terbabit bersama dua lagi saudaranya yang masing-masing berusia 24 dan 22 tahun. 

Pihak berkuasa memakluman ketiga-ketiga suspek merancang kes rogal di Tembelang, Jombang di Indonesia itu.

"Mangsa sebelum itu diminta menghidangkan minuman keras oleh suspek utama iaitu Khoirul Anam.

Tiga suspek kes rogol bawah umur ditahan pihak berkuasa. - Foto Detik.comTiga suspek kes rogol bawah umur ditahan pihak berkuasa. - Foto Detik.com

"Anam turut memaksa mangsa minum arak. Gadis yang ponteng sekolah itu pada mulanya menolak, namun terpaksa akur. 

"Selepas mereka berdua mabuk, Anam menyuruh saudaranya, Jarot membawa mangsa ke tempat yang sunyi," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Jombang, Margono Suhendra.

Katanya, Jarot kemudian membawa mangsa menaiki motosikal ke sebuah pondok di kawasan sawah dengan diekori Anam dan seorang lagi saudaranya, Khomsun.

"Di pondok itu mangsa diperkosa beramai-ramai. Selepas berpuas hati, Anam membawa mangsa pulang. 

"Dia kemudian memberi Rp. 50,000 (kira-kira RM12) kepada mangsa," kata Margono.

Setibanya di rumah, mangsa disoal siasat oleh ibu bapanya kerana selain mabuk, terdapat kesan lebam di leher mangsa.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dengan kesemua susupek ditahan seminggu kemudian.-Agensi

Artikel Lain