suria

Jururawat goda anak tiri umur 15 tahun, terlanjur atas sofa sambil tonton filem seram!

Lesen kejururawatan Yates digantung selepas dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan anak tirinya. -Foto Marion County Jail

SEORANG jururawat berdepan risiko kehilangan pekerjaan selepas dia didakwa melakukan hubungan seks dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun.

Suspek, Alexis Von Yates, 34, ditangkap dan didakwa melakukan hubungan seksual dengan remaja lelaki itu di Florida pada Julai tahun lalu.

Kejadian berkenaan didakwa berlaku ketika remaja itu melawat rumah bapanya dan memilih untuk menginap di situ bersama ibu tirinya.

Pada petang 26 Julai 2024, Yates menidurkan dua anaknya sebelum meluangkan masa bersama remaja itu di atas sofa ruang tamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini anak tiri, influencer dikecam netizen

Mereka dilaporkan berkongsi vape, bermain permainan video dan menonton filem seram manakala bapanya sedang bekerja.

Semasa menonton filem, Yates didakwa bersikap miang dan menggoda remaja itu sehingga mereka terlanjur, dedah dokumen mahkamah.

Apabila suaminya pulang, dia mendapati isteri dan anak lelakinya berada di atas sofa dalam keadaan telanjang. 

Susulan laporan yang dibuat, Yates kini tidak dibenarkan bertugas kerana lesen kejururawatannya sudah dibatalkan.

Dokumen mahkamah yang difailkan bulan lalu menyatakan remaja itu pula akan disoal siasat menerusi panggilan Zoom pada 20 Jun depan. -Agensi

Artikel Lain