suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwini anak tiri, influencer dikecam netizen

Balmasheva bersama anak tirinya.

SEORANG wanita dikecam pengikutnya di Instagram selepas berkongsi gambar anak tirinya yang dikahwininya semasa kecil.

Wanita berusia 35 tahun itu yang juga seorang influncer dari wilayah Krasnodar Krai, barat Rusia tinggal bersama suaminya Alexey, 45, selama 10 tahun sebelum mereka bercerai.

KIni Marina Balmasheva mempunyai teman hidup baharu yang juga anak tirinya, Vladimir yang berusia 20 tahun.

Dalam posting terbaharu di Instagramnya, Balmasheva berkongsi gambar dia bersama Vladimir 13 tahun lalu semasa anak tirinya berusia tujuh tahun.



Balmasheva berkongsi gambar bersama Vladimir semasa anak tirinya itu berusia tujuh tahun (gambar kiri).

“Kamu tidak tahu bagaimana kehidupan kamu dan bila kamu akan bertemu orang yang akan membuat kamu tersenyum. Saya tahu ramai akan menghukum kami, ada yang menyokong tapi kami gembira, ” kata Balmasheva.

Wanita itu turut mendedahkan dia amat mencintai Vladimir.

Malah, Balmasheva juga berhasrat untuk memiliki zuriat bersama anak tirinya itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

anak tiri, kahwin

Artikel Lain