suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 5 tahun ditahan polis sewaktu memandu sendirian, mengaku mahu beli Lamborghini

Dia ditahan polis sewaku sedang memandu sebuah SUV.

SEORANG budak lelaki berusia lima tahun ditahan polis gara-gara memandu tanpa lesen di Utah, Amerika Syarikat.

Setelah disoal, dia berkata sedang dalam perjalanan ke California untuk membeli kereta mewah, Lamborghini.

Menurut polis, dia pada mulanya menyangka kenderaan SUV itu dipandu oleh lelaki mabuk.

"Saya nyalakan siren dan kereta itu berhenti di tepi jalan. Saya juga fikir mungkin pemandu itu sakit.

"Bila dekat baru tahu pemandunya seorang budak," ujar pegawai tersebut.

Lebih melucukan, kanak-kanak itu duduk di hujung kerusi kerana kakinya tidak cukup panjang untuk menekan pedal minyak dan brek.

Jelas kanak-kanak itu, dia melarikan SUV berkenaan kerana ibunya enggan membelikan dia sebuah Lamborghini.

Ibu bapanya kemudian dihubungi dan tiba di lokasi kejadian untuk membawa pulang anak mereka. - News.Sky.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

SUV, Lamborghini, polis, Utah

Artikel Lain