suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bercinta dengan hantu, lelaki bimbang dicurangi ketika perintah berkurung Covid-19

Gary mengaku dia bercinta dengan hantu.

GARY De Noia dari New Jersey, Amerika Syarikat mengakui sudah menjalin cinta selama dua tahun dengan hantu yang dikenali sebagai Lisa.

Namun katanya, hubungan mereka bermasalah sejak perintah berkurung bagi mengekang Covid-19 dikuatkuasakan hampir dua bulan lalu.

Sewaktu fasa awal perintah berkurung, semuanya berjalan dengan lancar dan Gary mendakwa mereka cukup bahagia.

Malah katanya, hantu wanita itu banyak memberi kebahagiaan dan membantunya dalam menguruskan rumah.

Namun dakwa lelaki yang tidak bekerja itu, dia bimbang Lisa melanggar perintah berkurung dan keluar bertemu lelaki lain.

"Sepanjang bulan ini dia sentiasa keluar. Tak pernah maklumkan dia ke mana. Dia kata keluar dengan kawan.

"Dia mungkin ada dengan sesiapa sahaja. Saya rasa curiga dengan hubungan kami. Saya risau dia curang, dia kata saya paranoid," kata lelaki itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hantu, cinta, curang, Covid-19

Artikel Lain