suria

Obses ‘game online’, budak lelaki bakar 13 rumah... Laku jenayah selepas waktu solat

Budak dipengaruhi game sehingga lakukan jenayah.

ANGKARA taksub dengan kandungan video digital, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun nekad membakar 13 buah rumah jirannya.

Hasil siasatan mendapati suspek terpengaruh adegan filem dan permainan video secara dalam talian yang pernah disaksikannya sebelum ini.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sukabumi, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Sukabumi, AKP Tatang Mulyana, beberapa hari sebelum ditahan, suspek dilihat mengulangi perbuatannya dan secara rawak membakar rumah penduduk yang diingini.

Tindakan agresifnya itu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk.

Malah, semasa dijejaki peronda kawasan, dia sedang melakukan jenayah yang sama.

Berdasarkan hasil risikan, kesemua tindakan itu dilakukan selepas waktu solat.

Terdahulu, video insiden itu dikongsikan seorang pengguna X, @Heraloebss sehingga mendapat perhatian warga maya. -Agensi

Artikel Lain