INDUSTRI muzik tempatan terus meriah dengan kemunculan bakat baharu, kali ini penyanyi Hamzah Samsuddin pula tampil mempertaruhkan single sulungnya berjudul Masih Menunggu.Lagu bergenre balada penuh emosi itu mengangkat tema cinta, kerinduan dan kesetiaan yang kekal utuh meskipun dua jiwa terpaksa dipisahkan oleh waktu serta takdir kehidupan. Hamzah, 31, mendedahkan karya tersebut mempunyai nilai sentimental yang cukup besar buat dirinya kerana jalan cerita dan emosi yang diketengahkan banyak dipengaruhi oleh pengalaman peribadi yang pernah dilaluinya sendiri.Hamzah cuba nasib dengan Masih Menunggu. "Lagu ini sangat peribadi buat saya. Ia menggambarkan perasaan seseorang yang cuba melupakan, tetapi akhirnya sedar bahawa hati itu masih tetap pada orang yang sama."Saya berharap pendengar dapat merasakan kejujuran dalam setiap lirik dan emosi yang saya sampaikan," katanya.Mendapat sentuhan daripada komposer seberang iaitu Ilham Baso, lagu ini membawa pendengar menyelami kisah dua insan yang saling mencintai namun tidak dapat bersama kerana kekangan jarak dan perjalanan hidup yang berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara iklan promosi ‘kegemaran M. Nasir’, MyTeksi disaman lebih RM5 jutaARTIKEL BERKAITAN: Borak kuat-kuat, siap letak kaki ‘seat’ depan... Mimi Lana tegur sikap kurang adab penonton di pawagamDengan susunan melodi yang menyentuh jiwa serta bait lirik yang jujur, Hamzah berkata Masih Menunggu menterjemahkan hakikat bahawa cinta sejati bukanlah tentang siapa yang hadir terlebih dahulu, tetapi ia berkaitan setia.Dalam pada itu, anak kelahiran Selangor ini meletakkan harapan yang tinggi agar karya sulungnya itu mampu diterima baik dan menyentuh hati para pencinta muzik tanah air.Jelasnya, lagu ini ditujukan khas buat mereka yang pernah atau sedang melalui fasa kehilangan, penantian dan kerinduan yang mendalam terhadap insan yang pernah bertakhta di dalam hidup.Masih Menunggu kini sudah boleh didapati di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!