suria

Cemburu tengok mesej dengan lelaki lain, suami cekik isteri hingga mati

SEORANG wanita berusia 25 tahun maut dipercayai dicekik suaminya akibat cemburu.

Mangsa ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik di rumah sewa pasangan itu dalam kejadian, pagi Jumaat.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Insiden tragis itu berlaku di Pandaan, Pasuruan di Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Pasuruan, IPTU Joko Suseno berkata, motif pembunuhan dipercayai kerana suspek berasa cemburu selepas menemukan mesej perbualan yang mencurigakan bersama lelaki lain di dalam telefon bimbit milik isterinya.

"Suspek hilang pertimbangan selepas melihat mesej perbualan di telefon bimbit mangsa, kemudian berlaku pertengkaran di bilik berkenaan.

"Suspek mencekik leher dan menutup kepala mangsa menggunakan beg plastik sehingga meninggal dunia," katanya.

Susulan kejadian itu, suspek menghubungi adik mangsa dan memaklumkan mengenai kakaknya sudah meninggal dunia.

Berita mengejutkan itu keluarga mangsa dan segera melaporkannya kepada pihak polis.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan berdepan dengan tuduhan melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kematian. -Agensi

Artikel Lain

Akhil Hayy terima menantu