suria

Menyedihkan sikap segelintir netizen! Kematian Instafamous dijadikan bahan lawak - “Dah boleh langkah ke awak?”

Gambar kemalangan yang meragut nyawa 'Instafamous' yang dikenali sebagai Naaajerr.

SEAKAN-akan hilang sudah sensitiviti dalam diri masyarakat masa kini, perbuatan menyebarkan aib seseorang walaupun individu itu sudah meninggal dunia dilihat semakin menjadi-jadi.

Kematian seorang Instafamous, Naaajerr atau nama sebenarnya Nur Aina Zafirah Abdul Malek, 17, bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Muhamad Husni Muhamad Anuar, 19 pada Rabu lalu mengejutkan pengikut-pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Dua beranak persenda kematian Zulfarhan... anak bangga kongsi ‘lawak seterika’ bapanya, gelak sampai keluar air mata!

Posting yang dimuat naik oleh sepupu Naajerr berkaitan berita kematian Instafamous itu.

Rata-rata tidak percaya dengan berita kematiannya sehinggakan ada yang meragui kesahihan gambar dan berita yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @Elyshatasha yang merupakan saudara kepada Instafamous itu.

Mangsa sebelum ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di akaun Instagram @naaajerr._ gara-gara sering memuat naik perkongsian berupa video TikTok.

Menerusi posting yang dikongsi oleh beberapa individu di laman Twitter, terdapat segelintir netizen yang menjadikan kematian mangsa sebagai bahan jenaka.

"Nak melawak tak bertempat kut. Dunia akhir zaman, netizen sekarang," luahnya dengan rasa kesal dengan sikap individu-individu yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Semuanya gara-gara ayat yang ditinggalkan Naaajerr di ruangan komen Instagram miliknya, 'nak dia meh langkah mayat aku dulu' kira-kira seminggu sebelum kematiannya dijadikan bahan lawak.

Komen-komen individu yang mempersendakan kematiannya.

"Dah boleh langkah dah'  dan 'dah boleh langkah ke awak?" demikian antara komen netizen selepas mengetahui insiden kemalangan itu yang telah meragut nyawanya.

Di samping itu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya serta mendoakan yang terbaik buat arwah.

Malah, sepupunya juga dalam posting di Twitter turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun Instagramnya supaya ia ditutup, sekali gus dapat mengelak daripada aibnya terus dibuka.

Berdasarkan carian pada Jumaat, akaun tersebut telah pun ditutup.

"Kalau tak ada benda elok nak cakap diam je dik. Syurga neraka bukan kau yang tentukan. Ya memang tak salah kita nak menegur tapi arwah dah tak ada. Lagi elok komen 'innalillahwaiinailaihirojiun' je kat situ.

"Kita yang hidup ni doakan jelah yang terbaik. Yang dah pergi dah tentulah pergi, kita yang hidup ni bukan selamanya hidup kan," kongsi seorang netizen, mengingatkan tentang ajal maut seseorang.

Naaajerr menemui ajal apabila motosikal yang dinaikinya bersama seorang lelaki digilis treler selepas dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, berhampiran Pos Raya, Ipoh pada petang Rabu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Instafamous, meninggal, kemalangan

Artikel Lain