suria

Bengang tengok suami isteri selfish lempang Pak Arab selepas cop parking, saksi jawab tuduhan rasis - “Takkan nak cakap lelaki berbaju hitam”

Kereta yang dinaiki pasangan berbangsa Cina tersebut.

KESUKARAN untuk mendapatkan ruang parkir kenderaan di tempat awam terutama di pusat beli-belah bukanlah masalah baharu.

Pada Rabu, tular satu video berdurasi 26 saat yang memaparkan seorang wanita berbangsa Cina berdiri di dalam ruang tempat letak kereta sebagai tanda 'cop parking'.

Posting yang mendapat lebih 4,400 ulang kicau (retweet) itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, Nur Shafika Solah, yang merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parking! Lelaki ini anggap anak-anaknya ada rezeki berdepan golongan ‘cacat mental’

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! 'Suspek' warga emas cop parking guna batu nisan, “Kali pertama tengok terkejut, lepas tu rasa marah pun ada”

Posting yang dimuat naik Shafika di akaun twitter miliknya.

Shafika mendakwa pemandu kereta Hilux itu terlepas sebuah petak parking  yang kosong  dan pada masa sama, kereta Myvi milik pasangan Arab mahu mengambil ruang berkenaan. 

Sebaik melihat situasi itu, seorang wanita berbangsa Cina tergesa-gesa keluar dari kereta Hilux tersebut dan terus berdiri di petak kosong itu.

"Masa tu saya dengan dua lagi kawan baru lepas parking, kami nampak kereta Myvi yang dipandu oleh lelaki Arab ni tunggu belakang kereta Kancil yang baru nak keluar.

"Tiba-tiba seorang wanita berbangsa Cina datang berdiri dalam kotak parking untuk 'cop parking' sementara suaminya buat U-turn, sedangkan kereta Myvi tu tengah tunggu nak masuk," jelasnya kepada mStar.

Menurut pelajar berusia 22 tahun itu lagi, pemandu kereta Hilux itu terus memotong Myvi yang sedang menunggu giliran untuk masuk ke ruang itu dan terus memakir kenderaannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Bengang dengan tindakan pasangan itu, pemandu Myvi keluar meluahkan rasa kesal. Namun, keadaan menjadi sedikit tegang apabila pemandu Hilux itu bertindak menampar muka pemandu Myvi di tempat kejadian.

Tidak puas hati dengan tindakan pemandu Hilux itu, Shafika akhirnya memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah itu dan apabila mereka menyedarinya, pasangan itu segera berlalu pergi.

"Security  ada minta pemandu Myvi ini buat laporan polis, sebab katanya ini bukan di bawah bidang kuasa mereka.

"Saya pun beritahu pasangan Arab ini supaya segera buat laporan, tapi lelaki Arab ni dakwa pihak polis hanya akan ambil report je, takkan ada apa-apa tindakan sebab dia bangsa Arab bukan rakyat Malaysia," katanya yang kali pertama berdepan dengan situasi seperti ini sehinggakan membuatnya berasa sedikit gementar.

Namun, terdapat juga individu tampil menegur tindakan Shafika apabila dilihat menyentuh isu perkauman menerusi posting tersebut.

"Pertama sekali, maaf. Saya tidak berniat untuk memainkan isu perkauman di sini. Saya hanya point wanita itu berdasarkan bangsa, takkanlah saya nak cakap, seorang lelaki berbaju hitam pulak kan," katanya.

Shafika menjelaskan bahawa dia tidak maksud untuk menyentuh isu perkauman dalam insiden ini kerana dia faham akan sensitiviti masyarakat Malaysia dan menghargai teguran itu. 

Pertama sekali, maaf. Saya tidak berniat untuk memainkan isu perkauman di sini. Saya hanya point wanita itu berdasarkan bangsa, takkanlah saya nak cakap, seorang lelaki lelaki berbaju hitam pula kan.

SYAFIKA

Terdapat individu menegur tindakan Shafika yang menyentuh isu perkauman.

Shafika juga bersyukur kerana tidak ada mana-mana pihak memberi ugutan ke atas video yang tular itu. Dia berharap agar pengguna perlu lebih bijak dan buang sikap pentingkan diri sendiri. Bak kata perpatah, 'siapa cepat, dia dapat!'.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan meletakkan seseorang di ruang parkir dengan bertujuan menghalang kenderaan lain meletakkan kenderaan di lot parkir kosong adalah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala, di bawah Seksyen 119, hukuman untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM 2,000 atau penjara maksimum enam bulan. Malah jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cop parking, pusat beli belah, tampar

Artikel Lain