suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mak awak mana?” - Soalan ibu demensia buat hati anak hancur, air selawat ketika berpantang pelepas rindu

Menjaga ibu yang ingatannya sudah merosot bukan satu hal mudah. -Gambar hiasan AI

TIDAK kira berapa usia seseorang, kasih sayang dan perhatian seorang ibu tetap menjadi perkara didambakan setiap anak.

Bagi wanita ini, kerinduan itu semakin terasa apabila ibunya tidak lagi mengingati siapa dirinya sejak menghidap demensia.

Perasaan itu semakin membuak-buak ketika dia sendiri sedang melalui fasa sukar apabila terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berusia 50 tahun itu memberitahu hatinya berasa hiba apabila ibunya bertanya tentang keberadaan 'ibunya' ketika dia dalam berpantang.

Setiap anak-anak mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Saya tak pernah beranak tapi terpaksa menjalani pembedahan buang ovari dan rahim. Sepatutnya saya kena berpantang macam orang bersalin tapi pada masa sama saya jaga mak yang demensia.

"10 hari pertama, saya upah orang masak makanan pantang dan share makanan itu dengan mak. Mak bukan tahu saya tengah sakit. Masuk minggu kedua, saya sudah masak sendiri.

"Bila mak nampak saya berjalan perlahan, dia tanya kau kenapa sakit ke... mak awak mana? Sedihnya rasa. Kalau dia sihat mesti dia yang masakkan saya," luah wanita itu dalam hantaran Threads berkenaan.

Wanita itu menjelaskan dia menjalani pembedahan tersebut selepas disahkan mempunyai cyst pada kedua-dua ovari serta fibroid berganda pada rahim.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertekan jaga ibu hidap dementia, anak cekik hingga ‘putus’ nyawa... Simpan mayat dalam lori

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali fibroid dan cyst... apakah kesannya terhadap kesuburan wanita, perkembangan bayi?

Menurut wanita itu, meskipun ibunya sering terlupa pelbagai perkara, masih ada detik-detik kecil yang membuatkan dia kembali merasai kasih sayang seorang ibu.

Katanya, baru-baru ini dia menunjukkan kesan pembedahan pada bahagian perut kepada ibunya dan reaksi diberikan membuatkan dia berasa sayu.

"Mak tanya kenapa (lepas tunjuk kesan pembedahan). Dia tengah minum air dalam gelas terus dia selawat dan suruh saya minum. Saya terus minum air itu.

"Betapa rindunya nak kan perhatian daripada mak.

  • Jaga ibu demensia ketika pulih selepas pembedahan.
  • Wanita rindu perhatian ibu yang semakin pelupa.
  • Reaksi spontan ibu buat anak tersentuh hati.
  • Ibu sering keliru identiti anak akibat demensia.
  • Bebelan ibu paling dirindui apabila tiada lagi.

"Satu hari nanti bila mak dah tak ada atau macam mana saya lalui, mak dah tak ingat apa-apa... kita akan rindukan semua bebelan dia," ujarnya.

Menurut wanita itu, keadaan demensia menyebabkan ibunya sering keliru mengenai identiti dirinya dan orang di sekeliling.

"Suatu hari itu, dia cakap saya anak angkat dia, esok dia ingat saya adik dia. Hari-hari seterusnya dia cakap kita kawan dia. Ada hari langsung tak kenal. Ada hari saya jadi menantu dia.

"Ada hari baru berkenalan, ada juga hari dia panggil kita makcik," cerita wanita itu lagi mengakhiri perkongsiannya.

Artikel Lain