suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertekan jaga ibu hidap dementia, anak cekik hingga ‘putus’ nyawa... Simpan mayat dalam lori

Masalah kewangan antara motif pembunuhan. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan polis selepas dipercayai mencekik ibu kandungnya hingga mati.

Lebih menambah rasa sedih apabila mayat warga emas itu disembunyikan di dalam kenderaan yang dipandu suspek.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di daerah Buk-gu, Gwangju, Korea Selatan pada Selasa.

Berdasarkan kenyataan Polis Bukbu Gwangju pada Khamis, mangsa berusia 80-an disahkan meninggal dunia akibat dicekik.

Mayatnya ditemukan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu di dalam sebuah lori milik suspek.

Penemuan itu selepas seorang lagi anak mangsa membuat laporan kehilangan.

Difahamkan, mayat mangsa ditemukan di bahagian kargo lori berkenaan.

Susulan itu, suspek diberkas tidak lama kemudian di kawasan sama.

Hasil siasatan awal, suspek meninggalkan sepucuk nota yang menceritakan tekanan berat menjaga ibunya yang menghidap demensia.

Pada masa sama, dia turut meluahkan kekangan kewangan yang dialami. -Agensi

Artikel Lain