POLIS menahan dua remaja lelaki berusia 18 tahun selepas disyaki mencabul seorang pelajar perempuan dalam kejadian pada Isnin lalu.Kedua-dua suspek didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh akibat kerap menonton video lucah. Ketua Polis Daerah Metro Jakarta Barat, AKP Wisnu Wirawan berkata pada Khamis bahawa pengakuan tersebut dibuat ketika proses siasatan dijalankan.Insiden berkenaan tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di Kembangan, Jakarta Barat, Indonesia tersebar di media sosial.Berdasarkan rakaman, kedua-dua suspek dilihat menunggang sebuah motosikal sebelum berhenti di lorong Jalan H Sodon Meruya, Kembangan.Mangsa yang ketika itu memakai pakaian seragam sekolah dilihat berjalan menghampiri kawasan berkenaan sebelum salah seorang suspek bertindak mencabul.Menurut Wisnu, kedua-dua suspek memaklumkan perbuatan itu hanya dilakukan sekali.Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan oleh Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA).Polis kini sedang melengkapkan siasatan serta mengumpul keterangan lanjut bagi tujuan tindakan undang-undang. -Agensi