SEORANG wanita berusia 44 tahun menimbulkan kekecohan di hadapan sebuah hospital selepas dilihat selamba berjalan dalam keadaan bogel.Kejadian yang berlaku di hadapan Hospital Pusat Udon Thani, Thailand, sekitar tengah hari Selasa dilaporkan oleh orang awam, menyebabkan polis dan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi. Wanita terbabit yang dikenali sebagai Kung, kemudian menyarung baju selepas dibantu seorang pejalan kaki yang mengekorinya dan memberikannya pakaian.Dalam tangisan ketika bercakap dengan polis, Kung mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan tetap selepas pulang ke Thailand daripada bekerja dalam industri seks di luar negara. Dia juga tidur di hadapan hospital dan bergantung kepada makanan daripada badan kebajikan.Kung mendakwa dia didera oleh seorang lelaki bernama Sombat, yang menyamar sebagai polis. Menurutnya, lelaki itu telah memaksanya mengambil dadah dan melacur.Apabila menceritakan penderaan itu kepada orang lain, dia dianggap tidak siuman.Wanita itu memberitahu polis bahawa tindakannya berjalan bogel merupakan bentuk protes dan menegaskan dia tidak berada di bawah pengaruh dadah, malah bersedia menjalani ujian air kencing.Kung juga menegaskan dia tidak mahu wang atau bantuan, sebaliknya ingin mencari pekerjaan di tempat lain.Susulan itu, polis bekerjasama dengan Pejabat Pembangunan Sosial Wilayah Udon Thani untuk menyediakan tempat perlindungan sementara dan sokongan lanjut. -Agensi