suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa ditahan selepas biar anak lelaki 2 tahun dalam mesin basuh hingga maut

Kecuaian ibu bapa bukan isu kecil apabila melibatkan keselamatan anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berusia 31 tahun ditahan polis pada Rabu selepas didakwa meninggalkan anak lelakinya yang berusia dua tahun di dalam mesin basuh, menyebabkan kanak-kanak itu sesak nafas dan meninggal dunia.

Kejadian berlaku di Kasumigaura, Wilayah Ibaraki, Jepun, pada April tahun lalu ketika ibu kanak-kanak itu keluar bekerja.

Menurut pihak polis, lelaki dikenali sebagai Yuki Yamaguchi dikatakan meninggalkan anaknya di dalam mesin basuh selama kira-kira 20 minit, walaupun menyedari kanak-kanak itu telah terjatuh ke dalamnya sebelum itu.

"Saya meninggalkannya di situ tanpa memberikan sebarang bantuan," kata Yamaguchi, menurut polis.

Yamaguchi kemudian membuat panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.29 pagi dengan memaklumkan bahawa anak lelakinya tidak bernafas.

Mesin basuh itu ditempatkan di dalam bilik kanak-kanak tersebut sebelum mahu dilupuskan.

Kes berkenaan kini disiasat oleh pihak berkuasa tempatan, dengan lelaki tersebut dituduh atas dakwaan kecuaian hingga membawa kepada kematian. -Agensi

Artikel Lain