Sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap gerabak kereta api yang dalam perjalanan ke Ubon Ratchathani. -Foto Reuters
SEKURANG-KURANGNYA 22 orang terkorban manakala 64 lagi cedera selepas sebuah kren pembinaan tumbang dan menghempap kereta api yang sedang bergerak di timur laut Thailand, pada Selasa.Dalam kejadian itu, kren berkenaan dilaporkan menghempap salah satu gerabak, menyebabkan kereta api terbabit tergelincir dari landasan sebelum terbakar seketika. Menurut pihak berkuasa, kereta api tersebut dalam perjalanan ke wilayah Ubon Ratchathani.Berdasarkan pelan tempat duduk, seramai 195 penumpang dan kakitangan berada di dalam kereta api berkenaan ketika kejadian berlaku.Namun identiti penumpang dan kakitangan yang terlibat masih dalam proses pengesahan.Kren terbabit difahamkan sedang digunakan dalam kerja pembinaan projek kereta api berkelajuan tinggi di daerah Sikhio, wilayah Nakhon Ratchasima, kira-kira 230 kilometer di timur laut Bangkok. -Agensi