GARA-GARA meminta sarapan pagi selepas waktu sajian tamat, seorang pelajar didakwa dikejar dan diserang dengan pisau oleh pekerja kafe dalam kejadian di asrama lelaki di sebuah universiti pada pagi Ahad.Insiden berlaku apabila mangsa, Harsh Agrawal, yang merupakan penuntut Universiti Pusat Guru Ghasidas, Bhopal, India, bertengkar dengan kakitangan kafeteria sebelum situasi bertukar tegang. Berdasarkan laporan polis yang difailkan mangsa, dia mendakwa dua pekerja kafeteria, Deepak Kewat dan Dipendra Kewat, menyerang dan mengejarnya dengan pisau sehingga ke dalam kawasan asrama sambil disaksikan oleh pelajar lain.Rakaman kamera litar tertutup kejadian itu tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan kampus.Sementara itu polis mengesahkan kedua-dua suspek ditahan dan siasatan sedang dijalankan. Pelajar bagaimanapun menggesa pihak universiti memperketat kawalan keselamatan agar insiden sama tidak berulang. -Agensi