Rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki tempatan ditemukan dalam kereta yang tenggelam di terusan. -Foto Thaiger
POLIS menemukan sebuah kereta sedan yang tenggelam di terusan pengairan bersama rangka manusia dipercayai milik seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu.Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, pegawai dari Balai Polis Tha Muang, Kanchanaburi, Thailand dimaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan di dalam terusan ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan selepas paras air diturunkan. Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan adalah sebuah Toyota Vios berwarna gangsa.Selepas kereta tersebut berjaya ditarik keluar, polis menemukan rangka manusia dalam keadaan duduk di tempat duduk pemandu.Berdasarkan nombor pendaftaran, polis mengenal pasti pemilik kenderaan itu sebagai Pattanasak Kanchanachokchai yang berusia 61 tahun.Kereta yang ditemukan itu dipercayai milik lelaki berkenaan.Siasatan lanjut mendapati Pattanasak dilaporkan hilang oleh isterinya pada tahun 2023.Polis kemudian menghubungi ahli keluarga mangsa, termasuk isteri dan anak-anaknya, sebelum mereka bergegas ke lokasi kejadian.Isteri mangsa dilaporkan menangis teresak-esak sebaik melihat rangka tersebut. Menurutnya, suaminya meninggalkan rumah pada 13 Ogos 2023 kira-kira pukul 9 pagi dan tidak pernah pulang sejak hari itu.Rangka berkenaan kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan ujian DNA bagi mengesahkan identiti serta menentukan punca kematian.Mayat akan diserahkan kepada keluarga selepas proses forensik selesai bagi tujuan pengebumian. -Agensi