SEORANG wanita meninggal dunia dalam insiden menyayat hati selepas bertindak menyelamatkan rakan sekerjanya daripada dilanggar sebuah mesin pemuat (loader) di sebuah kedai produk pertanian, pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah termasuk patah tulang dan retak pada bahagian tengkorak. Polis yang menerima laporan segera ke lokasi kejadian yang terletak di daerah Mae Lai, dekat Phra, Thailand bersama petugas perubatan dan penyelamat sebelum menemukan mangsa dalam keadaan terbaring di atas timbunan jagung.Menurut rakan sekerja berusia 62 tahun, mangsa sempat menjerit memberi amaran kepadanya sebelum meluru ke hadapan dan menolaknya keluar dari laluan mesin pemuat yang sedang mengundur. Rakan sekerjanya terselamat, namun mangsa tidak sempat mengelak dan dilanggar jentera tersebut.Suami mangsa berkata, isterinya baru sahaja kembali bekerja selepas cuti bersalin selama tiga bulan. Walaupun sedih dengan pemergian isteri, dia mengakui bangga dengan keberanian mangsa yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan rakan sekerja.Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat, manakala polis akan menyoal siasat pemandu mesin pemuat serta saksi lain bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi