RAMAI ibu bapa memilih menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah sebagai langkah berjimat selain memastikan mereka menikmati makanan sihat dan bernutrisi.Di sebalik itu, ada segelintir 'mendabik dada' dengan pendekatan tersebut kononnya dapat mendidik anak tidak membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat di sekolah. Namun seorang wanita tampil dengan pandangan berbeza apabila beranggapan cara tersebut turut memberi kesan besar kepada kanak-kanak.Segelintir ibu bapa buntu memikirkan keperluan duit belanja bagi anak yang membawa bekal. -Gambar hiasanIni kerana baginya, setiap ibu bapa perlu mengambil kira keinginan anak-anak sebelum membuat keputusan untuk tidak memberi sebarang duit belanja ke sekolah."Kena tanya anak-anak okay ke kalau ke sekolah tanpa duit belanja," katanya sambil menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai keinginan selain faktor pengaruh rakan sebaya.Jelas wanita itu lagi, dia turut bimbang jika anak tidak diberi duit belanja, ada kemungkinan mereka boleh mencuri wang milik rakan sekelas bagi memenuhi kehendak yang tidak dipenuhi.Wanita nasihat ibu bapa jangan terlalu bangga hantar anak ke sekolah tanpa duit belanja.Katanya, perlu tanya sama ada anak benar-benar selesa dengan keadaan itu.Bimbang anak terpengaruh apabila melihat rakan lain membeli makanan.Risiko anak meminjam, meminta atau mencuri duit turut dibangkitkan.Netizen berkongsi pengalaman berkaitan duit belanja dan bekal sekolah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Takut diam-diam dia selalu pinjam atau minta mahupun ambil duit daripada kawan-kawan."Lebih seram kalau dia mencuri, ingat murid Tahun Satu pun pandai mencuri," jelasnya sambil berkongsi kejadian yang sering dilaporkan berlaku di sekolah.Peringatan diberikan itu mengundang pelbagai rekasi warga maya dengan segelintir warga maya berkongsi situasi dan pengalaman yang pernah terjadi pada anak masing-masing.ARTIKEL BERKAITAN: Diberi RM2 ke sekolah bersama bekal, bapa pelik anak berkeras nak bawa RM5! Keliru antara kawan ‘paw’ atau memang tak cukupARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram anak dihalang bawa bekal ke taska, rupanya ada ibu bapa malas masak buat aduan!"Saya bagi dua-dua tapi akhirnya duit belanja kena curi, bekal pula kena kebas dengan kawan."Kelas anak saya, kawan yang selalu bawa bekal rupanya kaki paw duit sampai bergaduh, mak pula jenis percaya pada anak."Apabila tengok kawan membeli, mesti dia pun teringin, sudahnya suruh kawan yang belikan sebab tak dapat duit belanja," demikian reaksi netizen.