Masalah mati pucuk yang dialami suami boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga sekiranya tidak dirawat. -Gambar hiasan AI
ALANGKAH hancurnya hati seorang wanita apabila kebahagiaan diimpikan selepas bergelar isteri bertukar kekecewaan apabila mengetahui suaminya menyembunyikan masalah kesihatan yang memberi kesan kepada hubungan rumah tangga mereka.Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa suaminya hanya mendedahkan masalah mati pucuk sehari selepas mereka melangsungkan pernikahan pada Disember tahun lalu. "Suami bagitahu dia ada masalah erectile dysfunction (mati pucuk). Dia cakap, nanti dia pergi klinik. "Masa itu aku tengah baring, terus terduduk. Aku pandang dia dengan pandangan yang aku pun tak tahu nak cakap apa sebab terkejut," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak ‘puasa’ sepanjang hidup?” - Wanita rasa teraniaya, rupanya perkahwinan ketiga dengan lelaki mati pucuk!ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki berjaya jadi bapa selepas sedekad, 2 kali kahwin... Tak sangka rawat mati pucuk di klinik, dapat ‘pakej’ zuriatWanita itu berkata, sejak mengetahui perkara tersebut, dia berusaha mencari maklumat dan pusat rawatan sesuai bagi membantu suaminya mendapatkan rawatan."Bulan ketiga kahwin, aku tanya, dah pergi klinik ke belum? Dia diam. Aku cakap, benda ni jangka masa panjang... takkan awak tak nak anak. "Mac 2026, dia hantar gambar pergi klinik. Aku kecewa dia tak pergi klinik yang aku suggest. Tapi dalam hati aku, tak apa lah, at least dia nak pergi klinik jumpa doktor," ceritanya.Tidak sekadar kecewa dengan sikap acuh tak acuh suami mendapatkan rawatan sakit tuan, wanita itu berkata kekecewaannya makin bertambah selepas mengetahui suaminya turut menghidap penyakit kencing manis. Komunikasi berkesan dapat mengelakkan konflik antara pasangan. -Gambar hiasanBukan mahu mempertikaikan keadaan kesihatan suami, namun dia terkilan kerana tidak dimaklumkan mengenai tahap sebenar penyakit tersebut sebelum mereka mendirikan rumah tangga. "Pasal penyakit kencing manis dia tu, memang dari sebelum kahwin dia ada cakap, tapi dia tak ada cakap sampai tahap cucuk insulin," ujarnya.Menurut wanita berkenaan, sehingga kini dia masih belum menerima nafkah batin meskipun usia perkahwinan mereka sudah memasuki bulan keenam."Jujur... dalam perkahwinan ni, aku rasa tertipu. Aku kecewa, aku sedih. Aku tak cerita masalah ni dekat umi aku. Sebab aku tak nak buka aib laki aku.Seorang wanita kecewa selepas mengetahui suaminya mempunyai masalah mati pucuk sejurus selepas berkahwin.Dia mendakwa suaminya lambat mendapatkan rawatan walaupun sudah dinasihati.Wanita itu turut terkilan apabila mengetahui suaminya menghidap kencing manis tahap memerlukan suntikan insulin.Sehingga kini, dia masih belum menerima nafkah batin meskipun sudah enam bulan berkahwin.Luahannya mengundang simpati netizen yang turut bersedih dengan nasibnya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau boleh, aku nak uruskan sendiri je. Tapi jujur cakap, aku tak mampu. Bila jadi macam ni, aku akan auto cari kesalahan laki aku. Sampai sekarang aku masih bengang dengan dia," akhirinya.Perkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyarankan wanita berkenaan merujuk masalahnya kepada pihak lebih arif untuk mendapatkan penyelesaian. "Nafkah batin jangan buat main. Boleh stres kalau tak dapat penuhi."Kuncinya jujur. Sebab ada yang boleh terima kekurangan pasangan, cuma jangan tipu," demikian pandangan netizen.